Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik
Dikemas kini 15 Oktober 2026
Setiap binder Kad Keluarga Studio Cilik dicetak khas dengan wajah dan nama keluarga anda. Halaman ini menerangkan syarat-syarat pemulangan atau bayaran balik untuk setiap pembelian anda.
1.Sebelum dihantar untuk cetak
Selepas membayar, anda memuat naik gambar dan memilih kartun untuk setiap kad di laman studio AI kami. Selagi anda belum menekan “Hantar untuk cetak”, anda boleh membatalkan tempahan dan mendapatkan bayaran balik.
- Jumlah yang dipulangkan ialah jumlah yang anda bayar, termasuk caj penghantaran, ditolak caj transaksi (lihat bahagian 3).
2.Selepas dihantar untuk cetak
Sebaik sahaja anda menekan “Hantar untuk cetak”, kad anda terus dicetak dengan wajah dan nama keluarga anda. Kad yang diperibadikan tidak boleh dijual kepada orang lain, jadi tempahan tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan selepas langkah ini.
- Jika kad yang tiba berbeza daripada gambar preview yang anda pilih, hubungi kami dalam masa 7 hari selepas menerimanya beserta gambar kad tersebut. Kami akan mencetak dan menghantar semula kad itu tanpa sebarang caj.
3.Caj transaksi
Penyedia pembayaran (FPX, kad debit/kredit atau e-dompet) mengenakan caj apabila anda membayar, dan sekali lagi apabila wang dipulangkan kepada anda. Kedua-dua caj ini tidak boleh dipulangkan dan akan ditolak daripada bayaran balik.
4.Cara memohon bayaran balik
E-mel kepada hai@studiocilik.my menggunakan alamat e-mel tempahan anda, beserta nombor tempahan. Kami akan membalas dalam masa 3 hari bekerja. Bayaran balik yang diluluskan dimasukkan ke akaun yang anda gunakan untuk membayar, biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
5.Perubahan dasar
Kami mungkin mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Setiap tempahan tertakluk kepada dasar yang terpapar di halaman ini pada hari anda membuat bayaran.